Thursday, February 3, 2011

MAULIDUR RASUL

Kewajipan untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).
Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (Ali ‘Imran:31)


Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)
Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).
Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Menghadirkan baginda di haT setiap umat Islam. Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut.
sahabat2..ana nak kongsi, kisah mngeai junjungan tcinta kita. ana baca dalam buku “Senyuman dan kenangan manis bersama Rasulullah s.a.w” subhanallah..syahdu ana tringat baginda.. marila sme2 kita berselawat dhulu pda baginda yang sntiasa drindui..


Melihat Aisyah cemburu…
Diantara isteri Rasulullah ang paling kuat cemburu adalah Aisyah. Perkara ini wajar kerana beiau memperolehi tempat yang istimewa di sisi baginda setelah Khadijah binti Khuwailid yang menjadi isteri pertama baginda. Disamping itu, Aisyah adalah satu-satunya isteri Rasululah s.a.w yang dikahwini semasa gadis. Beliau juga termasuk isteri yang cerdas dan banyak membantu baginda apabila menghadapi keadaan sukar, sehingga wajar apabila kelebihan ini menjadikan Aisyah istimewa disisi baginda di samping Aisyah yang paling bertaqwa.
Disebabkan sifat Aisyah yang terbuka, keanak-anakan dan kurang menguasai perasaannya itulah membuatkan Rasulullah s.a.w suka berguaru dengan isterinya yang cantik itu.
Emosi Aisyah terliat apabila beliau sedang cemburu. Cemburu seorang wanita terhadap suami menunjukkan kadar cinta kepada suamina yang sangat tinggi. Beberapa saat menjelang kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda berziarah ke perkuburan al-Baqi’ untuk memanjatkan keamounan bagi semua penghuni perkuuran itu.
Esoknya, Aisya mengeluh kepada baginda kerana kepalana terasa pening. Demikian juga Rasulullah merasakansakit kepala.Maka baginda berkata kepada Aisyah, “ Wah, kepalaku juga pening Aisyah”
Namun, berulang-ulang Aisyah mengeluh pening kepalanya, sehingga dengan nada bergurau Rasulullah s.a.w berkatakepada Aisyah, “Apa salahnya wahai Aisyah jika enkau mati sebelum aku? Aku sendiri akan menguruskan jenazah, mengafankan, enyembahyangkan dan menguburmu.”
Mendengan perkataan Rasulullah s.a.w, muncullah rasa cemburu Aisyah, beliau terus berkata kepada baginda, “Biarlah tu terjadi pada yang lain sahaja. Demi Allah, sekiranya itu terjadi danbaginda melakukan semua itu, baginda akan aku pertemukan dengan beberapa isteri di rumahku.’
Mendengar kata-kata isterinya, Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lembut. Baginda memahami apa yang tersirat di fikiran Aisyah setelah mendengar senda gurau Raslullah s.a.w.
Beberapa hari kemudian, rasa pening Rasulullah s.a.w hilang, sehingga dapa baginda menggiliri isteri-isteri baginda. Nmaun sakit tu datang lagi apabila tiba di kediaman Maimunah, saah serang isteri baginda. Rupanya itulah sakit terakhir dan senda gurau baginda yang terakhir bersama Aisyah, kerana tidak lama setelah itu, baginda wafat di kediaman Aisyah R.A..

Ya Rasulullah..
kami amat merinduimu…